mcmc
Kesihatan

JANGAN MINUM AIR ‘PERISA’ KULAT!

Botol Air Beratus Ringgit, Tapi ‘Spare Part’ Berlumut?

Cuba jujur. Bila kali terakhir anda cungkil getah silikon (rubber gasket) kat penutup botol air tu?

“Eh, kena buka ke? Saya goncang-goncang air sabun je.”

Hah, sudah. 🤮

Kalau tak pernah buka, tahniah. Anda mungkin sedang minum air yang diperkaya dengan Biofilm dan Spora Kulat Hitam.

Kawasan celah getah penutup botol adalah “syurga” bagi bakteria dan kulat sebab ia lembap, gelap, dan jarang diganggu.

Walaupun botol anda jenama kayangan tahan sejuk 24 jam, kalau getah ni tak dicuci, air bersih anda automatik jadi air kotor.

Simptom kalau terminum “jus kulat” ni:

1. Sakit perut memulas tiba-tiba.

2. Batuk-batuk atau gatal tekak (sebab spora kulat).

3. Rasa loya tanpa sebab.

Cara cuci yang betul:

Wajib remove getah tu setiap kali basuh. Rendam sekejap dalam air suam + sabun.

Berus celah-celah tu. Jangan malas.

Cuba cek botol anak-anak, botol ofis korang sekarang. Ada tompok hitam tak? Kalau ada, pergi basuh sekarang.

SUMBER: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia