LOKASI
Kuala Tahan merupakan sebuah ‘pelabuhan kecil’ dan perkampungan yang terletak di kuala Sungai Tahan dan Sungai Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia. Di Kuala Tahan terdapat beberapa buah kampung-kampung kecil seperti Teresik , Kampung Belebar , Kampung Tekah , Kampung Padang serta perumahan FELCRA Tembeling Tengah. Kuala Tahan dihubungkan dengan bandar Jerantut melalui jalan raya sejauh 76 km dan jalan air melalui Sungai Tembeling. Kuala Tahan terletak di dalam mukim Tembeling Tengah dan di bawah pentadbiran Penghulu Mukim Tembeling Tengah. Perjalanan ke Kuala Tahan memgambil masa kira-kira 1 jam dari bandar Jerantut melalui jalan raya.
SUMBER: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Tahan
Rajah : Peta lokasi Kuala Tahan
Ahli Parlimen Jerantut & DUN Tahan
Ahli Parlimen Jerantut, YB Ir.Ts.Hj. Khairil Nizam Bin Khirudin
Adun Tahan, YB Ustaz Mohd Zakhwan Bin Ahmad Badarddin
Pegawai Daerah Jerantut,Dato’ Khairun Nissa Binti Aris
Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Mohd Khaidir bin Shamsudin
SUMBER: https://pdtjerantut.pahang.gov.my/info-daerah/parlimen-dan-dun
https://pdtjerantut.pahang.gov.my/info-daerah/penghulu