
AWAS! PENIPUAN PARCEL SCAM SEMAKIN BERLELUASA! ![]()
Jangan terpedaya dengan helah licik penipu! Mereka sering menyamar sebagai wakil penghantaran atau pihak tertentu, mendakwa anda mempunyai parcel yang tertunggak atau perlu membuat bayaran segera. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa!
Kenali Modus Operandi Penipu:
Menerima mesej atau panggilan mendakwa anda ada parcel yang belum diterima.
Diminta membuat bayaran atau ‘cukai penghantaran’ melalui akaun tidak dikenali.
Ancaman bahawa parcel akan ditahan jika bayaran tidak dibuat.
Penipu memancing maklumat peribadi seperti nombor akaun atau kata laluan bank anda.
Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
Soal – Semak kesahihan tawaran dan entiti dengan agensi penguat kuasa. Jangan mudah percaya dengan mesej atau panggilan yang mencurigakan.
Sekat – Jangan dedahkan maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank atau kata laluan, dan elakkan membuat bayaran ke akaun yang tidak dikenali.
Sebar – Kongsi maklumat tentang modus operandi penipuan ini dengan ahli keluarga dan rakan anda agar mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.
Sekiranya anda menjadi mangsa:
Hubungi hotline bank anda dengan segera untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Tips Tambahan:
Jangan klik pautan yang diterima melalui SMS atau e-mel tanpa memastikan kesahihannya. Pastikan anda hanya berurusan dengan syarikat penghantaran yang sah dan rasmi. Sentiasa simpan rekod pembelian atau penghantaran dengan baik
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
#investsmartsc#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM#FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar