Kisah Kejayaan

Celik ICT Suku Tahun 1/2019 : Wan Norasya Syamimiey Bt Wan Azmi

Nama

: Wan Norasya Syamimiey Bt Wan Azmi

Umur

: 11 tahun

Ahli

: 05 Jun 2018

 

Latar belakang

Rasya merupakan anak bongsu kepada Wan Azmi. Beliau adalah pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan. Di sekolah, beliau memegang jawatan sebagai pengawas. Beliau seorang yang rajin belajar, fokus dalam pelajaran dan selalu bertanya. Beliau tinggal berdekatan dengan PI dan baru sahaja menjadi ahli PI sekitar Jun 2018. Beliau dan kawan-kawan merupakan antara pelajar yang sering mengikuti kelas & aktiviti yang di adakan di PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya Pusat Internet ini, Rasya tidak mempunyai pengetahuan asas komputer berkaitan Dunia ICT termasuk dari segi penggunaan komputer, internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas tubuhnya Pusat Internet, Rasya selalu ke PI untuk belajar menggunakan komputer serta mengikuti kelas yang dianjurkan oleh PI.  Beliau mula melibatkan diri dengan aktiviti  PI dan sering datang ke kelas yang diadakan. Beliau sangat cepat memahami apa yang di ajar dan menyiapkan setiap tugasan dan latihan yang diberi. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer dan Asas MS Office Word. Sekarang, beliau sudah mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja sekolah.