Utama

TUNGGU 16.​

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.​

Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.​

Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.​

Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.​

​Soalan-soalan lazim (FAQ): ​
https://mcmc.gov.my/…/resources/frequently-asked-questions

Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16

#Tunggu16 ​
#ONSA
#MCMC
#KementerianKomunikasi

SUMBER: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia

PENDAFTARAN PRASEKOLAH TAHUN 2024/2025

JOM DAFTAR PRASEKOLAH!     Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kalendar Akademik 2024/2025. Permohanan boleh dibuat melalui secara dalam talian atau secara manual. Untuk maklumat lanjut sila […]

Baca lanjut →

Obesiti dan Risiko Kanser

Menurut NHMS 2019, 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Obesiti boleh meningkatkan risiko kanser. Kami kongsikan tip penurunan berat badan: – Lakukan aktiviti […]

Baca lanjut →

KLIK DENGAN BIJAK – TANGANI BERITA PALSU

??????? ?????? ?????! Tajuk utama berbentuk sensasi menarik menjadi perhatian kita. Jadi pengguna dinasihatkan supaya membaca berita sepenuhnya. Elakkan membaca tajuk utama semata-mata kerana ia tidak selalunya menyampaikan maksud keseluruhan […]

Baca lanjut →

Jauhi Scam Dengan Aplikasi Whoscall

Anda tidak tahu panggilan daripada siapa? Jom muat turun aplikasi Whoscall bagi membolehkan kita mengenal pasti panggilan yang diterima. Aplikasi ini membantu mencegah isu scam apabila panggilan masuk. Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=708223737332395&set=a.398292848325487 […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya