Utama

TUNGGU 16.
Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.
Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.
Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.
Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.
Soalan-soalan lazim (FAQ):
https://mcmc.gov.my/…/resources/frequently-asked-questions
Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16
#Tunggu16
#ONSA
#MCMC
#KementerianKomunikasi
SUMBER: https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia
APA ITU DISINFEKSI?
Disinfeksi merupakan tindakan pembersihan permukaan yang tercemar dengan kuman atau proses nyahkuman. Sila cuci tangan sebelum dan selepas melakukan disinfeksi.
14 HARI KUARANTIN DIRI COVID-19
Kuarantin diri bermaksud mengasingkan diri bagi memutuskan jangkitan kepada orang lain.
NOVEL CORONAVIRUS COVID-19 – (2019-nCOV)
Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Ayuh bersama-sama kita berganding bahu putuskan rantaian COVID-19.
KEPENTINGAN JARAK SOSIAL DALAM PENCEGAHAN COVID-19
Jarak sosial merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memutuskan rantaian penyebaran COVID-19.
Tekanan atau stress
Peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara kita menyebabkan ramai di kalangan kita berasa risau dan bimbang. Namun, kebimbangan melampau dan mencetuskan rasa panik tidak membantu malah boleh menyebabkan seorang individu […]
INTERNET PERCUMA KEPADA SEMUA PELANGGAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI BERMULA 1 APRIL 2020
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Internet percuma kepada semua pelanggan perkhidmatan telekomunikasi bermula 1 APRIL 2020 selama tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.


