Kita selalu pilih sayur segar, minyak sihat, lauk terbaik. Tapi pernah tak terfikir… periuk yang kita guna hari-hari tu, selamat ke tidak?
Kajian menunjukkan, periuk aluminium murah boleh lepaskan logam berbahaya bila masak kari atau kuah berasid.
Malah kuali non-stick kalau dah tercalar atau dipanaskan terlalu panas, boleh keluarkan asap toksik.
Stainless steel dan iron cast bukan sekadar periuk. Ia dianggap pelaburan jangka panjang untuk dapur sihat. Bahan ini lebih stabil, kurang risiko logam meresap ke dalam makanan, dan tahan lasak walaupun digunakan bertahun-tahun.
Kalau periuk murah mungkin perlu ditukar setiap kali calar atau rosak, periuk stainless steel dan besi tuang pula boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sekali beli, boleh jaga kesihatan keluarga dalam tempoh yang lama
Tips :
• Kalau periuk non-stick dah calar, jangan sayang – tukar.
• Kalau masih guna aluminium biasa, elok fikirkan alternatif.
Stainless steel gred baik, seramik tulen, dan iron cast memang lebih berbaloi.
Periuk & kuali di rumah sekarang jenis apa?
Pernah semak keadaan salutan atau masih guna walau dah calar?
