SEJARAH MINI NADI KUALA TAHAN
Pada 1 Julai 2016, Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala tahan dengan jayanya telah lulus SAT yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Maka secara rasminya bermulalah operasi harian Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Tahan untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina dan sebagainya. Tergolong dalam Fasa 8 Clawback 2014,Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terletak di Kg Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Ia merupakan satu – satunya pusat internet yang ada. Pada 24 November 2016, berlansungnya Hari Bersama Komuniti Mini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah dirasmikan oleh Tuan Syarifuddin Bin Mohd Sa’ad, Al Fadhil Qadhi Daerah Jerantut serta diiringi oleh Dato’ Norbaiti Binti Abu Bakar ( P.K ADUN Tahan ), Encik Mohd Norizuan Bin Jamil ( Penolong Pegawai Daerah – Pelupusan Tanah ), Penghulu Zulkefly Bin Zaadun Zubir ( Penghulu Mukim Tembeling Tengah ) dan Encik Wan Ahmad Temizi Bin Wan Said ( Ketua Kampung Kuala Tahan).